Monday, September 3, 2018

SUDUT PIDATO SKSI II FELDA IJOK SELAMA PERAK

Untuk makluman semua, pengucapan awam merupakan salah satu kemahiran yang perlu digilap dalam kalangan murid untuk melatih murid berkomunikasi dengan berkesan, berfikiran kritis dan berupaya mengemukakan pendapat, hujah secara logik dan rasional. 

Hal ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-20215) dalam aspirasi murid. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah mewujudkan Sudut Pidato (Speaker's Corner) bagi memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Sudut ini perlu digunakan secara optimum sama ada semasa waktu rehat, aktiviti ko-kurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian oleh pihak sekolah. 

Maka..terhasil sudut pidato mini SKSI II di PSS..






Hasil kerjasama guru-guru SKSI II

Kayu palet oleh Ustaz Farrid dan Ustaz Shahrul Amin
Bungan Gubahan Cikgu Zurilawati
Banner oleh Cikgu Faizatul Marsyida bt Rahim
Pelapik lembut sumbangan individu perseorangan






No comments:

Post a Comment

PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA 2018

PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA   SEK.KEB. SULTAN IDRIS II   TAHUN 2018 NAMA PROGRAM : CERAMAH AMALAN MEMBAYA BUDAYA MULIA O...