Wednesday, September 5, 2018

PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA 2018


PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA
 SEK.KEB. SULTAN IDRIS II
 TAHUN 2018

NAMA PROGRAM :
CERAMAH AMALAN MEMBAYA BUDAYA MULIA
OLEH:
 PUAN ZURAINI HAMDAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK BUKIT BERTAM


Pengurusan PSS, Panitia Bahasa Melayu dan NPQEL  telah menganjurkan Program Memperkasa Budaya Membaca merangkumi Slot Ceramah Amalan Membaca Amalan Mulia, Slot Buku Skrap dan Slot Bicara Irama. Slot Pertama iaitu Ceramah Amalan Membaca Budaya Mulia telah diadakan pada 6 September 2018 di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. Penceramah yang dijemput adalah Puan Zuraini Bt Hamdan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK. Bukit Bertam. Beliau merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan Pusat Sumber dan seringkali memenangi anugerah khususnya dalam bidang Pusat Sumber dan Nilam.

Antara intipati ceramah beliau ialah tentang Budaya Membaca Amalan Mulia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat pelbagai informasi dan  maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang boleh diperolehi melalui pembcaan buku, majalah dan surat khabar. Terdapat pelbagai bahan bacaan sama ada berbentuk buku atau bukan buku yang boleh dijadikan sumber untuk mendapatkan maklumat. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

Selain itu, penceramah juga memberi maklumat mengenai Nilam Tambah Baik. Program NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan dibaca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja. Untuk sesi persekolah 2018 ini, Buku Rekod NILAM format yang lama masih boleh digunakan dan penggunaan buku rekod format yang ditambah baik akan digunakan setelah buku yang lama habis digunakan.

Konklusinya budaya mendatangkan faedah kepada individu  yang membaca. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Pihak sekolah khususnya guru PSS, guru kelas, dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju standing dengan  negara lain.


No comments:

Post a Comment

PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA 2018

PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA   SEK.KEB. SULTAN IDRIS II   TAHUN 2018 NAMA PROGRAM : CERAMAH AMALAN MEMBAYA BUDAYA MULIA O...