PROGRAM MEMPERKASA BUDAYA
MEMBACA
SEK.KEB. SULTAN IDRIS II
TAHUN 2018
NAMA PROGRAM :
CERAMAH AMALAN MEMBAYA BUDAYA MULIA
OLEH:
PUAN ZURAINI HAMDAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK BUKIT BERTAM
Pengurusan PSS, Panitia Bahasa Melayu dan NPQEL telah menganjurkan Program Memperkasa Budaya Membaca
merangkumi Slot Ceramah Amalan Membaca Amalan Mulia, Slot Buku Skrap dan Slot
Bicara Irama. Slot Pertama iaitu Ceramah Amalan Membaca Budaya Mulia telah
diadakan pada 6 September 2018 di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. Penceramah
yang dijemput adalah Puan Zuraini Bt Hamdan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK. Bukit Bertam. Beliau merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam
bidang pengurusan Pusat Sumber dan seringkali memenangi anugerah khususnya
dalam bidang Pusat Sumber dan Nilam.
Antara intipati ceramah beliau
ialah tentang Budaya Membaca Amalan Mulia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
dengan membaca, seseorang akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini
kerana terdapat pelbagai informasi dan maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan
tentang kehidupan harian yang boleh diperolehi melalui pembcaan buku, majalah
dan surat khabar. Terdapat pelbagai bahan bacaan sama ada berbentuk buku atau
bukan buku yang boleh dijadikan sumber untuk mendapatkan maklumat. Dengan
membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk
mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Selain itu, penceramah juga
memberi maklumat mengenai Nilam Tambah Baik. Program
NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu.
NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding
kuantiti bahan dibaca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan
gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti
pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas
pembacaan) yang akan melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan.
Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku
berbentuk fizikal sahaja. Untuk sesi persekolah 2018 ini, Buku Rekod NILAM
format yang lama masih boleh digunakan dan penggunaan buku rekod format yang
ditambah baik akan digunakan setelah buku yang lama habis digunakan.
Konklusinya budaya
mendatangkan faedah kepada individu yang
membaca. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Pihak
sekolah khususnya guru PSS, guru kelas, dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab
yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca
perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara
Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju standing dengan negara lain.